'Orang yang kata Kit Siang cadang tubuh Bersatu boleh ke Tanjung Rambutan'

KiniTV 2019-07-16

Views 2.2K

Perdana Menteri berkata individu yang mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar sebuah parti Melayu ditubuhkan bagi menggantikan Umno, boleh 'pergi ke Tanjung Rambutan'.“Iyalah, Kit Siang adakan mesyuarat dengan semua pemimpin Melayu dan pemimpin Melayu pun setuju dengan cadangan dia. Kalau awak (wartawan) nak percaya, percayalah.“Jangan ingat orang Melayu tidak boleh berfikir. Iklan"Orang yang kata mengenai perkara ini boleh ke Tanjung Rambutan,” kata Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu di Putrajaya hari ini.Kit Siang semalam membidas Najib Razak dan mengatakan bekas perdana menteri itu adalah seorang penipu kerana mendakwa penubuhan Bersatu adalah hasil cadangannya.

Share This Video


Download

  
Report form