Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mengetahui pembantu Anwar Ibrahim ditahan berkaitan video seks yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
"Saya tidak tahu, ini kali pertama saya dengar (mengenainya)," kata Mahathir kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran 'Beyond Paradigm summit 2019' di Kuala Lumpur hari ini.