Selepas dua hari Ketua Cabang Seputeh di pecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ganapathy Pannusamy hari ini tampil melakukan satu sidang media .
Ganapathy yang ditemui media pagi tadi mendakwa, pemecatan oleh lembaga disiplin PKR tidak mendapat sebarang notis rasmi dan beliau mengetahui perkara tersebut daripada pihak media bertarikh 17 Julai 2019.
Jelasnya lagi, tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bersikap Nepotisme dan kronisme itu menyebabkan hilang keyakinan terhadap parti tersebut.
Sebelum ini Lembaga Disiplin PKR dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas itu kerana Ganapathy didapati beberapa kali menyebar dan memuat naik berita tidak benar, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin parti sendiri di laman media sosial.
Pemecatan tersebut dilakukan selepas Lembaga Disiplin PKR menjalankan proses siasatan dan memanggil beliau untuk pendengaran sebagaimana yang ditetapkan oleh tatacara disiplin parti.