Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali memberi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan parti yang hadir pada majlis doa selamat dan kesyukuran menolak politik fitnah terhadap beliau di kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Shah Alam, malam tadi.
Antara rakan yang hadir adalah Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon, Timbalan Kementerian Luar Bandar R Sivarasa, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ramai lagi.
Pada masa sama beliau menyuarakan rasa syukurnya apabila Ketua Polis Negara Abdul hamid Bador mengesahkan pelaku dalam video seks itu bukanlah dirinya.
“Malahan ketua polis negara sendiri sahkan ada tangan ghaib yang nilainya ratusan ribu untuk menjatuhkan saya," katanya sambil berkata beliau tahu dalang di sebalik perkara itu.