'Saya terkejut bila gesaan itu keluar dari mulut Rais Yatim'

KiniTV 2019-08-14

Views 8.8K

Presiden Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali terkejut dan kesal dengan kenyataan bekas menteri Rais Yatim yang menyokong gesaan agar pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik untuk dihantar pulang semula ke India.

Ibrahim mendakwa sesetengah golongan yang berkepentingan yang memulakan ciptaan persepsi agar Zakir dihantar pulang ke negara asalnya.

Kata Ibrahim, beliau menyuarakan pandangan dan menyeru agar mempertahankan Zakir daripada diusir di negara ini walau apa cara sekalipun.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Dalam satu hantaran di Twitter, Rais berkata, ini selepas Zakir, seorang warganegara India, mencetuskan kontroversi di negara ini.

“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum Hindu pula dikacaunya dgn komen-komen memperkecilkan mereka.

“Zakir sedang berperanan bahaya batu api. Amat baik dia dipulangkan saja ke India,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form