Pihak polis melarang pendakwah kontroversi Zakir Naik berucap pada program Malaysia Revert Camp @ Perlis 2019 yang berlangsung sehingga Ahad ini.
Ketua Polis Perlis, Noor Mushar berkata, adalah lebih baik bagi Zakir dan keluarganya tidak terlibat dalam acara anjuran One Centre Malaysia itu berikutan lebih 150 laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Revert atau kembali kepada asal adalah istilah yang digunakan terhadap individu yang memeluk Islam.
Katanya, Zakir boleh datang ke Perlis, tetapi dia tidak boleh berucap dan tindakan akan diambil terhadapnya jika dia berbuat demikian.
Ujarnya, Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan sensitiviti orang lain perlu diambil kira.
Beliau berkata sekiranya Zakir mahu menyampaikan ceramah pada masa akan datang, pihak berkuasa perlu diberi notis 10 hari dan dimaklumkan mengenai perkara itu.