'Jangan tanya Dr M, patut tanya PM-8 Anwar'

KiniTV 2019-08-21

Views 4.6K

Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail meminta penjelasan daripada bakal perdana menteri Anwar Ibrahim berhubung perkhidmatan e-hailing motosikal, yang dikenali sebagai Go-Jek.

Kata Shamsubahrin, beliau ada berjumpa dengan Anwar sewaktu isu nelayan bantah di Pulau Pinang, bagi mendapatkan reaksi mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

Semalam, Loke berkata satu kajian berhubung Go-Jek akan dilaksanakan sebaik sahaja cadangan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenainya diluluskan kabinet.

Kata Loke, walaupun cadangan kepada kabinet akan dikemukakan oleh Syed Saddiq, Kementerian Pengangkutan merupakan pihak yang akan melaksanakan kajian itu dan akan menampilkan satu mekanisma serta kerangka kerja lengkap bagaimana cara hendak menjayakan perkhidmatan e-hailing itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang monopoli dalam perkhidmatan itu selepas mendapat persetujuan kabinet.

Share This Video


Download

  
Report form