Walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak menghantar pulang penceramah kontroversi Zakir Naik namun, jika siasatan mendapati beliau melakukan kesalahan di negara ini, tindakan akan tetap diambil.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak tertakluk dibawah undang-undang walaupun seseorang itu bertaraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia.
“Ya (akan ambil tindakan jika salah) sudah tentu ini pas PR dan rakyat warganegara juga tertakluk pada undang-undang. (pemegang pas PR) bukan wakil negara dalam erti kata sepenuhnya, dia kena patuh terima sebab dia diberi PR sebagai anugerah dari negara.
“Dia tak boleh langgar etika undang-undang, Zakir Naik ke Zakir turun ke,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perkembangan terkini siasatan terhadap Zakir dan adakah penceramah itu akan diambil tindakan jika didadapti bersalah.