Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor mengalami gejala loya dan muntah-muntah dipercayai terhidu bau busuk, pagi tadi.
Kesemua yang mengalami symptom telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang, untuk menerima rawatan.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin ketika dihubungi berkata, kira-kira 7.30 pagi, seramai 25 murid-murid mengalami gangguan kesihatan tersebut sebelum meningkat kepada 33 pada pukul 9 pagi.
Kesemua murid melibatkan lima lelaki dan 28 perempuan.