Kamera badan adalah berita baik, hindar fitnah

KiniTV 2019-09-20

Views 736

Penggunaan kamera badan dapat menghindarkan fitnah terhadap anggota polis, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador,

Justeru beliau mengalu-alukan cadangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan perkara itu dan berharap pelaksanaannya dapat dipercepatkan.

"Saya amat alu-alukan. Ini berita yang amat baik buat polis sebab kita sendiri pun banyak buat permohonan untuk tambah baik kelengkapan yang diperlukan agar anggota dapat menjalankan tugasan dengan lebih cekap, sempurna dan terlindung daripada fitnah-fitnah (seperti dakwaan salah laku).

"Pengumuman daripada perdana menteri itu amat baik kerana ia akan dapat mencegah fitnah sebab saya yakin anak buah saya akan dapat melaksanakan kerja mereka dengan baik.

" Dengan adanya kamera ini ia akan menghindar (mereka) lakukan kerja yang tidak baik, menyeleweng daripada tugasan," katanya dalam sidang media ketika lawatan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew View Keong di PGA Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form