Bukan sekadar berbangsa Melayu semata-mata, tetapi mestilah orang yang layak, berdaya saing dan peduli terhadap Melayu, bumiputera dan semua rakyat Malaysia. Itu syarat yang perlu ada kepada seseorang yang sesuai dilantik menduduki jawatan penting dalam kerajaan, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata sesiapa saja yang mempunyai sifat tersebut layak dilantik kerajaan menduduki jawatan penting atau strategik. "Menteri Kewangan sepatutnya seorang yang berkelayakan, kompeten dan profesional yang peduli terhadap Melayu dan bumiputera, dan peduli kepada semua rakyat Malaysia," katanya.