Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak pelawaan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan untuk menubuhkan kerajaan baru bersama Barisan Nasional (BN) dan PAS.
“Negara kita berbilang kaum. Dan semua kaum punyai hak dalam negara kita,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamad yang mencadangkan Dr Mahathir supaya menubuhkan sebuah kerajaan baru sekiranya perdana menteri itu benar-benar ikhlas mahu memulihkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.
“Saya bersetuju gesaan Tun Mahathir agar orang Melayu dan Islam bersatu. Cumanya kita tertanya-tanya, penyatuan yang bagaimana?