SPRM miliki ribuan klip video aktiviti penyeludupan di sempadan

KiniTV 2019-10-18

Views 846

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan ia memiliki ribuan klip rakaman video berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan negara akibat perbuatan rasuah sejak 2017.

Pada hari ini, SPRM menayangkan satu daripadanya mengenai aktiviti penyeludupan di sempadan Padang Besar, Perlis dalam sidang media berkaitan pembolosan sempadan negara akibat daripada aktiviti rasuah di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

“Apa yang kami tunjukkan hanyalah contoh klip (rakaman), kami mempunyai ribuan dan jam klip (rakaman itu),” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang media berkenaan.

Ketua Cawangan Audio Video, Bahagian Forensik SPRM Penguasa Kanan Badri Azni berkata modus operandi kumpulan penyeludup adalah dengan berjumpa anggota keselamatan yang bertugas di sepanjang sempadan.

Share This Video


Download

  
Report form