Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching), yang berada di tempat kejadian, berkata dia membuat ruang bagi Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman rebah untuk baring dan salah satu perkara pertama yang mereka lakukan adalah mengangkat kakinya.
"Saya fikir sebab utama adalah tekanan darah rendah. Sebaik sahaja kita mula mengangkat kakinya, darah mula mengalir ke otaknya, dia sedar dan dia berjaga-jaga," kata Yii.
Yii, seorang doktor perubatan, berkata Mansor mengalami serangan " syncopal attack,"
Beliau berkata Mansor akan dihantar ke hospital untuk ujian lanjut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh yang bergegas turun membantu YB Mansor sejurus dia rebah, berkata bila situasi begitu berlaku, seseorang harus segera membantu.
Dia juga berharap ahli parlimen tidak berada dalam keadaan stress bila berbahas di dewan negara.