Ini penjelasan Ketua AMK mengenai Azmin digugurkan sebagai perasmi kongres AMK

KiniTV 2019-11-13

Views 51

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata sayap PKR itu memecahkan tradisi perasmian Kongres mereka disebabkan kapasiti Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut beliau, keputusan itu diputuskan oleh kepimpinan AMK pada mesyuarat pada 20 Oktober lalu.

Awal hari ini, 21 daripada 25 Ketua AMK Pusat membantah tindakan meminggirkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merasmikan kongres tahunan mereka 6 Disember depan.

Mengikut tradisi, kongres sayap pemuda parti itu dirasmikan timbalan presiden, dan Azmin Ali, seperti lazimnya dijadualkan merasmikannya.

Dalam pada itu, Akmal berkata, penolakan terhadap Wan Azizah untuk merasmikan kongres itu tidak mewakili kesemua pimpinan AMK.

Share This Video


Download

  
Report form