Menteri tidak boleh dedah masa dan lokasi pandu uji kereta terbang

KiniTV 2019-11-19

Views 3.1K

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata dia tidak boleh dedahkan masa dan lokasi sesi uji pandu esok.

Katanya ia bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan,”

Menurutnya, sesi pandu uji berkenaan adalah hasrat pemaju projek kereta terbang dan mereka enggan mendedahkannya kepada orang ramai sebaliknya kementerian hanya membantu mereka.

“Saya tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju), selain khuatir liputan yang akan dibuat sekiranya kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi pandu uji,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, undangan untuk menyaksikan sesi pandu uji itu hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang.

Share This Video


Download

  
Report form