Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan ada pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta bayaran sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendaftaran premis pemprosesan daging halal di ibu negara.
Mujahid berkata pihaknya juga tiada halangan untuk SPRM menjalankan siasatan terhadap pegawai Jakim hanya berpandukan sebuah artikel yang mendakwa terdapat pegawai di bahagian halal terlibat rasuah.