Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) menyiasat dakwaan salah laku hakim kanan negara.
“Kaukus bersetuju meneruskan RCI menyiasat salah laku membabitkan hakim dan kita akan panjangkan kepada Kabinet. Perdana Menteri pun telah nyatakan persetujuannya di peringkat awal sebelum ini,” katanya.