Kita tak boleh harap kegagalan PH, untuk menangkan kita - Mohamad Hasan

KiniTV 2019-12-05

Views 497

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sayap Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu memerlukan tindakan paling radikal untuk mengembalikan peranan sebenarnya sebagai nakhoda utama bahtera Malaysia.

"Sebagai sebuah parti politik, Umno tidak mempunyai pilihan. Kita mesti melakukan penyusunan semula yang serius dan radikal atau ‘a serious radical alignment’.

"Setelah 18 bulan, kita tersungkur dari puncak kekuasaan, saya ingin mengajak semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri, untuk bersama-sama, melakukan tindakan yang paling radikal, bagi mengembalikan Umno ke peranannya yang sebenarnya iaitu – menjadi nakhoda utama bahtera yang bernama Malaysia," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Mohamad yang berpakaian baju Melayu berwarna kelabu memberitahu dalam proses 'realignment’ atau pensejajaran semula politik ini, Umno perlu membina landasan yang terbuka dan inklusif.

Dia menambah, UMNO tidak harap kegagalan PH, untuk menang.

Share This Video


Download

  
Report form