Maszlee enggan jawab berkenaan kongres tolak kaligrafi Jawi

KiniTV 2019-12-13

Views 1.1K

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik enggan menjawab soalan media berhubung Dong Jiao Zong bakal mengadakan kongres bagi menolak kaligrafi Jawi di sekolah rendah.

Semalam, Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) berkata mereka akan mengadakan kongres kebangsaan organisasi Cina pada 28 Disember nanti di ibu pejabat Dong Zong, Kajang untuk menggesa kerajaan menarik keputusannya untuk memperkenalkan kaligrafi Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil.

Share This Video


Download

  
Report form