Dua sahabat berdepan detik cemas, apabila disamun dua lelaki ketika berada di kedai dobi 24 jam di Jalan Ara, Bandar Sri Damansara dekat sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, wanita berusia 33 tahun dan rakannya didatangi dua lelaki yang bertindak mengacukan sebatang kayu sebelum merampas beg milik mereka.