'Isu JAWI harus dibincangkan semua pihak' - ahli akademik

KiniTV 2019-12-30

Views 297

Ahli akademik, Prof Mohd Tajuddin Mohd Rasdi menjelaskan bahawa wakil rakyat serta kakitangan awam wajar berdiskusi bersama NGO yang terlibat dalam pengenalan tulisan Jawi.

“Kita kalau ada rumah, mesti ada pemilik, ada duit sikit kita ambil orang gaji dan kalau kaya kita ambil penjaga rumah.

“Rumah itu macam negara, pemilik adalah rakyat, orang gaji adalah kakitangan awam dan penjaga rumah adalah wakil rakyat.

“Mana boleh mereka nak ubah suai rumah saja-saja tanpa tanya pemilik,” katanya yang disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh hadirin.

Mohd Tajudin juga membandingkan kongres yang diadakan ini dengan Kongres Maruah Melayu yang telah dianjurkan pada 6 Oktober lalu.

“Terdahulu ada Kongres Maruah Melayu, mereka minta peruntukkan macam-macam, jawatan itu ini.

“Kongres ini cuma minta satu benda saja, bincanglah dan bermesyuarat bagi cari jalan penyelesaian,” katanya lagi.

Share This Video


Download

  
Report form