Calon BN PRK Kimanis, Mohamad Alamin berkata tuduhan pemimpin Warisan kononnya dia calon dari Umno berhati Kuala Lumpur sebagai retorik.
Katanya, apa yang lebih penting sekiranya diberi mandat beliau mahu berkhidmat dan membela nasib rakyat.
"Ini slogan persepsi, slogan ini tidak membawa makna sebenarnya, janganlah kita main slogan-slogan pada waktu ini, yang penting hasil apa yang rakyat dapat.
"Kalau Sabah untuk 'Sabahan' parti lokal Sabah apa yang dia dapat. Kalau boleh bagi lebih baik daripada Umno, OK, tapi realitinya jauh sekali.
"Insya Allah kalau saya menang 18 Jan nanti saya bukan menjadi wakil rakyat berhati Kuala Lumpur, tetapi berhati Malaysia, untuk rakyat Sabah, untuk rakyat Kimanis," katanya.
Oleh itu, propaganda sebegitu oleh pihak lawan katanya tidak perlu dilayan kerana tidak menguntungkan rakyat.
Pada PRK Kimanis semalam, Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi menolak calon BN Mohamad Alamin yang disifatkannya berhati "Umno di Kuala Lumpur".