Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hasil pemeriksaan pihaknya ke atas 36 979 buah tempat makan di seluruh negara, sebanyak 21 617 kompaun telah dikeluarkan kepada pesalah perokok dan pemilik premis makanan.
Jelasnya, dari jumlah tersebut, 466 notis kompaun kepada pemilik premis makanan kerana gagal mempamerkan label larangan merokok.
Manakala, 104 pemilik premis menyediakan tempat merokok bagi pelanggan mereka.
Sebanyak 2000 pegawai penguatkuasa telah menjalankan tugas pemeriksaan tersebut dari 1 Januari.