Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis akan mengkaji dan menarik balik lesen senjata api yang digunakan untuk memburu haiwan liar bagi menangani masalah kepupusan hidupan liar serta membanteras aktiviti pemburuan haram.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia selari dengan pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
“Berdasarkan rekod, seramai 6,900 pemegang lesen senjata api yang diberi syarat berburu dan kita akan lihat semula untuk lesen dibatalkan dan senjata api ditarik balik. Ia akan dilakukan secara berperingkat.
Sementara itu, Abdul Kadir berkata, pihaknya juga mengurangkan tempoh untuk memburu babi hutan dari sepanjang tahun kepada enam bulan.
Katanya, larangan sementara selama lima tahun bermula 2018 juga dilaksanakan untuk memburu rusa dan kijang di negara ini.
Sejak Op Khazanah dilancarkan pada suku tahun ketiga 2019, sebanyak 56 kes direkodkan dan 102 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.
Tangkapan itu membabitkan 43 rakyat tempatan, China (14), Kemboja (10), Indonesia (11), Filipina (4), Vietnam (5), Thailand (3) dan masing-masing enam Bangladesh serta Myanmar
“Malah, kita juga akan menyemak semula dan memperketatkan syarat lesen senjata api sedia ada,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Op Khazanah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Paddy Abd Halim.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pemilik tanaman juga tidak digalakkan menembak haiwan musuh tanaman dan menjadikannya sebagai langkah terakhir.