Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menasihatkan Zuraida Kamaruddin supaya tenang menjawab pertuduhan dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin parti itu kepadanya baru-baru ini.
“Kepada YB Zuraida, saya syorkan pada beliau untuk tumpu jawab butiran pertuduhan yang telah dihantar kepada beliau oleh lembaga disiplin.
“Semolek-moleknya tak payah ada prasangka lain. Langkah paling wajar, bila nanti ditetapkan masanya...beliau tambil beri penjelasan. Itu yang lebih baik", katanya kepada wartawan ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.