46 pemimpin PKR gesa henti tindakan pada Zuraida

KiniTV 2020-01-23

Views 42

46 pemimpin PKR hari ini mengeluarkan kenyataan bersama membidas apa yang mereka dakwa merupakan "usaha terancang" untuk menggagalkan muafakat dalam parti.

Mereka juga menggesa agar parti menghentikan tindakan ke atas Naib Presiden Zuraida Kamaruddin.

Tambah kenyataan itu lagi, kenyataan terbuka beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan NegerI pada 19 Januari lalu yang mendesak pemecatan Zuraida mengeruhkan lagi keadaan.

"Justeru, kami berpendirian bahawa tindakan dan tekanan mendesak pemecatan Zuraida adalah bermotifkan ‘mala fide’ kerana cemburu terhadap kejayaan dan ketokohan beliau sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan."

Pada 18 Jan, Zuraida diberikan surat tunjuk sebab oleh lembaga disiplin PKR, tetapi alasan surat itu diberikan tidak didedahkan.

Share This Video


Download

  
Report form