Haryz, si cilik antara termuda sertai Mensa UK

KiniTV 2020-01-24

Views 1

Seorang kanak-kanak Malaysia berumur 3 tahun baru saja diterima masuk ke Mensa UK, sebuah persatuan masyarakat IQ tinggi antarabangsa.

Muhammad Haryz Nadzim yang menetap di United Kingdom, diterima masuk selepas mendapat skor kecerdasan minda (IQ) sebanyak 142 menerusi ujian Stanford Binet. Ujian tersebut merangkumi penilaian matematik, membaca, penghafalan dan pemikiran logik.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa agaknya rahsia kepintaran Muhammad Haryz?

Menurut ibunya Nur Anira Asyikin Hashim, Haryz tak ubah seperti kanak-kanak lain, cuma dia dibacakan buku cerita sejak dia masih bayi.

Anira dan suaminya yang kini menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan dalam peringkat PhD, bersyukur dianugerahkan anak seperti Haryz. Dia juga berharap suatu hari nanti kelebihan itu akan dimanfaatkan oleh Haryz untuk orang lain.

Share This Video


Download

  
Report form