BERITA SEMASA 2 FEBRUARI 2020 Kunjungan ke rumah masyarakat Cina peranakan sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Tiruk, Kuala Terengganu tidak lengkap sekiranya tidak mencuba juadah tradisional kacukan masakan Melayu dan Cina iaitu laksa Terengganu. Hidangan popular pada musim perayaan hasil air tangan Koo Geok Suet, 52 atau lebih mesra digelar sebagai Mek Siok dalam kalangan penduduk kampung diakui menyelerakan malah memikat selera masyarakat Melayu yang bertandang ke rumahnya. Lapor Wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa