Kesemua penumpang penerbangan khas dari Wuhan hari ini termasuk krew penerbangan dan kakitangan Kementerian Kesihatan akan melalui prosedur pencegahan jangkitan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini termasuk melalui proses selama 14 hari di pusat pemantauan yang telah ditetapkan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan pemberita mengenai hal itu dalam satu sidang media.