'Hanya jalan cerita kehidupan' - Drama Band mohon maaf

KiniTV 2020-02-10

Views 6

Vokalis Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang mencetus kontroversi dan kecaman netizen

Jelasnya, ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin dipamerkan dalam persembahannya.

Permohonan maaf itu dibuat kira-kira 12 jam selepas tamat persembahan mereka di Bukit Jalil malam tadi.

Sewaktu mempersembahkan lagu Drama, kumpulan itu meniru dialog dalam rakaman audio didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor pada 8 Januari lalu.

Kemudian, muncul dua watak badut dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah. Mereka diiringi beberapa watak badut lain di pentas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai konsep yang ingin dipersembahkan.

Menurutnya, Drama Band sewajarnya memaklumkan sekiranya mereka ingin tampil dengan elemen sensitif sedemikian.

Share This Video


Download

  
Report form