Pindaan undang-undang atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mempertingkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk akan dibawa ke Parlimen bulan depan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihaknya akan cuba mempercepatkan proses pindaan rang undang-undang itu.
Namun ia bergantung kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya dapat menyediakan draf pindaan undang-undang tersebut untuk sesi Parlimen Mac ini.