Terima kasih, kita akan teruskan perjuangan agenda reformasi - Azmin

KiniTV 2020-02-23

Views 1

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali telah tinggal bersama para penyokong untuk mengadakan satu lagi pertemuan di sebuah bilik, selepas pimpinan BN, PAS, GPS dan Warisan meninggalkan Hotel Sheraton malam ini.

Difahamkan Azmin memberikan ucapan namun tidak dapat dipastikan kandungan ucapan tersebut.

Selepas bermesyuarat selama sejam, Azmin akhirnya muncul dan berterima kasih kepada pemberita yang telah menunggunya.

"Terima kasih. Insha Allah, kita akan meneruskan perjuangan untuk melaksanakan agenda reformasi, membangunkan negara dan memberikan kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia", katanya kepada pemberita.

Ketika diminta mengulas kenyataan Anwar mengenai perkembangan malam ini sebagai suatu 'pengkhianatan', beliau tidak menjawab soalan.

Share This Video


Download

  
Report form