Ahli parlimen Sri Aman, Masir Kujat menyatakan pertemuan ahli parlimen bersama Yang Di-Pertuan Agong hari ini adalah untuk membuat pilihan sama ada menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai PM atau pembubaran parlimen.
"Agong tanya apa awak mahu? Pilih sokong Dr M atau bubar parlimen."
"Biar rakyat memilih."
Menurutnya lagi, pertemuan dengan Agong hanya mengambil masa dua hingga tingga minit.