Status Hutan Simpan Kuala Langat tidak berubah - MB Selangor

KiniTV 2020-03-05

Views 358

Status Hutan Simpan Kuala Langat masih tidak berubah walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.

Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, walaupun berlaku perubahan kerajaan di peringkat pusat , format dan SOP di peringkat kerajaan negeri tetap sama.

Katanya lagi, ketika ini kerajaan Selangor masih menjalankan proses pendengaran awam dan bantahan daripada semua pihak mengenai permohonan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat.

Share This Video


Download

  
Report form