"Ini tanggungjawab yang berat dan baru, beri saya masa," - Mah Hang Soon

KiniTV 2020-03-10

Views 558

Timbalan Menteri Pendidikan I, Mah Hang Soon menyifatkan jawatannya di Kementerian Pendidikan sebagai satu tanggungjawab yang berat dan baru buatnya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MCA juga meminta supaya diberikan masa untuk menggalas tugasnya dengan baik.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab sebarang soalan berkaitan sekiranya beliau akan meneruskan usaha bagi kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) .

Mah Hang Soon merupakan salah seorang dari enam orang senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi tadi di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, V S Vigneswaran, susulan pelantikan mereka dalam kabinet.

Share This Video


Download

  
Report form