Semua anggota jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional wajib mengisytiharkan harta dan mereka diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet sulung yang dipengerusikannya, beliau juga mengingatkan mereka mengenai komitmen untuk menentang dan banteras rasuah.
“Saya beritahu semua jemaah menteri supaya isytihar harta dan kita minta dalam tempoh sebulan (isytihar) kepada SPRM seperti dibuat hari ini,” katanya.
“Kedua, saya juga beritahu semua ahli kabinet untuk isytihar harta mereka dan borang akan diedarkan kemudian. Kita juga minta tempoh sebulan diserahkan pada SPRM seperti yang dibuat sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas menpengerusikan mesyuarat pertama kabinetnya, di Putrajaya, hari ini.