Annuar yakin isu Kampung Baru selesai tak lama lagi

KiniTV 2020-03-11

Views 24

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, memohon agar beliau diberikan masa untuk menyelesaikan isu pembangunan Kampung Baru.

Jelasnya, beliau akan meneliti isu tersebut bersama pihak kementerian dan mendengar taklimat dari mereka terlebih dahulu.

“Saya rasa tolong beri saya masa. Saya kena dengar taklimat dari pihak kementerian dahulu,” katanya ketika ditemui di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Kata Annuar beliau menjangkakan tidak perlukan masa yang lama untuk menyelesaikan isu pembangunan Kampung Baru berdasarkan latar belakang pendidikannya sebagai profesional.

“Isu ini tidak akan ambil masa lama sebab saya perancang bandar profesional,” katanya lagi.

Share This Video


Download

  
Report form