COVID-19: Solat Jumaat tetap wajib cuma ada beberapa saranan

KiniTV 2020-03-12

Views 1

Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.

"Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid," katanya.

Bagaimanapun katanya, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

"Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran," katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Beliau berkata, sekiranya Covid-19 merebak dan tidak terkawal, dibolehkan solat Jumaat tidak dilakukan dan digantikan solat Zuhur di rumah masing-masing.

"Dalam hal ini beberapa garis panduan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanatnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Marzuk Shaary dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Hal Ehwal Kemajuan Islam (Jakim) Hakimah Yusof.

Share This Video


Download

  
Report form