110 kes baru Covid-19 hari ini, jumlah kini 900

KiniTV 2020-03-19

Views 321

Kementerian Kesihatan mengumumkan 110 kes positif Covid-19 baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 900 kes.

Ini juga menandakan Malaysia mencatat lebih 100 kes baru untuk hari kelima berturut-turut, sejak 15 Mac lalu.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, daripada 110 kes baru itu, 63 daripadanya mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, yang berlangsung pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

Beliau turut memaklumkan 15 kes Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih kepada 75 orang.

Share This Video


Download

  
Report form