Pihak polis Labuan terpaksa menggunakan penahanan secara paksa terhadap seorang lelaki yang enggan memberi kerjasama melakukan saringan Covid-19 di Labuan.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 4 petang, semalam.
Lelaki tersebut merupakan bapa dan kontak rapat kepada peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di Sri Petaling baru-baru ini.
Penahanan itu dilakukan melalui peruntukan di bawah seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988