Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakub hari ini menjelaskan bahawa operasi perniagaan kedai gunting rambut dan cermin mata sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak dibenarkan.
“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dah buat keputusan iaitu kedai salon dan kedai cermin mata di seluruh negarea tidak dibenarkan di oeprasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.
“Harap (penjelasan ini) jawab segala soalan rakyat. Tidak ada lagi isu, kedai (gunting) rambut tidak dibenarkan operasi,” katanya pada sidanng media di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan supaya kerajaan menangguhkan sementara dengan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa kedai gunting rambut dan cermin mata termasuk dalam senarai sektor ekonomi yang boleh membuat permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP.