Bintang MMA peluk Islam, terbuka hati sewaktu penularan Covid-19

KiniTV 2020-04-20

Views 1

Seorang bintang mempertahankan diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengucap dua kalimah syahadah menerusi satu hantaran video pada Instagram miliknya.


Turut tertera kapsyen pada hantaran tersebut, Wilhelm mengatakan bahawa penularan wabak Covid-19 memberikan ruang untuk dirinya beristirahat dan mencari kembali pegangan agamanya.

“Islam telah berada di dalam diri saya sejak beberapa tahun lalu, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri saya terpengaruh secara politik,” tulisnya.


Dia juga berkata, Islam memberikan dia kekuatan apabila menghadapi waktu yang sukar.

Wilhelm Ott merupakan bintang MMA dan mempunyai seramai 16,200 pengikut di laman Instagram miliknya.

Share This Video


Download

  
Report form