Menteri Kanan (Keselamatan) berkata beliau mendapati orang ramai dilihat keluar rumah seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tamat.
Justeru beliau memberi amaran kepada orang ramai yang ingkar PKP bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mereka.
"PKP masih berjalan tanpa sebarang kelonggaran," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hariannya di Putrajaya, hari ni.