Menteri Kanan (Keselamatan) berkata seramai 763 telah ditangkap semalam kerana melanggar perintah kawalan pergerakkan (PKP) berbanding 865 individu pada hari sebelumnya.
Katanya seramai 860 individu juga telah dituduh di mahkamah semalam.
Tambahnya lagi jumlah kumulatif individu ingkar sepanjang PKP adalah sebanyak 18,498.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.