Polis dijangka merakamkan kenyataan anak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah di Bukit Aman hari ini atas dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Nurulhidayah ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini mengesahkan janji temu dengan ibu pejabat polis tetapi enggan mengulas lanjut.
Malaysiakini difahamkan kenyataan itu akan dirakamkan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) dan suaminya sekitar jam 11 pagi ini.
Baru-baru ini, Nurulhidayah menyiarkan gambarnya bersama suami di Putrajaya selepas bertemu dengan timbalan menteri alam sekitar dan air Ahmad Masrizal Muhammad di Instagram.