Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta mampu tersenyum lebar hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar, ekoran Perintah Kawalan Pergerakan itu merupakan antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Khamis lepas.