Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan seramai 21,271 warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 di negara ini.
Daripada jumlah itu, seramai 811 orang bukan warganegara telah disahkan positif virus tersebut, bersamaan 3.8% daripada jumlah keseluruhan kes positif.
Terdapat empat kematian dilaporkan yang melibatkan bukan warganegara.