Tinjauan KiniTV di Pusat Pos Laju Kuala Lumpur hari ini mendapati ramai pelanggan sedang beratur panjang bagi menggunakan perkhidmatan itu.
Pelanggan-pelanggan ini merupakan mereka yang masih belum menerima bungkusan barangan mereka yang lewat dihantar oleh Pos Laju berikutan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).