WHO beri amaran selepas kes baru meningkat satu juta dalam masa lima hari

KiniTV 2020-07-14

Views 59

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencecah 13 juta pada hari Isnin menurut kiraan Reuters, meningkat satu juta hanya dalam masa lima hari.

Wabak itu kini telah membunuh lebih setengah juta orang dalam masa enam bulan, dan ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan dunia tidak akan kembali kepada "normal lama" untuk masa yang agak lama terutamanya jika langkah-langkah pencegahan masih diabaikan.

Laporan oleh Reuters.

Share This Video


Download

  
Report form